Langit biru yang bersih. Rumput hijau yang subur. Kambing sihat yang gembira.

Di sinilah proses ‘pengeluaran’ kami bermula. Produk kami dihasilkan di sini, New Zealand, di bawah pengawasan kami yang ketat. Anda boleh yakin bahawa anak anda hanya akan mendapat rumusan susu kambing yang paling berkualiti yang boleh didapati di seluruh dunia.

Rantaian bekalan kami disepadukan dari ladang yang menghasilkan susu ke produk akhir yang dinikmati oleh pengguna.

Ladang kambing khusus kami terletak kurang dari 30 minit memandu dari kilang pemprosesan tenusu. Kilang pemprosesan tenusu memproseskan susu segar kepada tepung susu yang digunakan dalam Baby Steps® BBs-3™. Ini memastikan susu yang paling segar, dan kualiti dapat dipantau dengan teliti.

Oleh sebab hanya hanya ladang-ladang khusus kami yang membekal kepada Baby Steps® BBs-3™, hubungan antara kami dengan ladang adalah sangat erat. Lawatan kerap ke ladang-ladang ini membolehkan pekerja kami menjalinkan hubungan yang rapat bukan sahaja dengan individu, malah juga kebanyakan haiwan yang diternak di situ. Kesemua ladang ini bermatlamat untuk menjadi contoh memelihara kebajikan haiwan serta kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dengan haiwan.

 

Rantaian bekalan bersepadu dengan jarak yang dekat antara ladang mengurangkan impak terhadap alam sekitar dan kami mempercayai bahawa ini adalah salah satu ciri yang menjadikan susu kambing Baby Steps® BBs-3™ amat istimewa.