Susu kambing mempunyai
pelbagai ciri yang unik.
Penghadaman

Komposisi dan struktur lemak susu kambing adalah unik
berbanding dengan susu lembu.

  • Saiz globula lemak susu kambing adalah lebih kecil daripada susu lembu. [i] Ini menghasilkan campuran lemak yang lebih seragam dalam susu [ii] dan membantu proses penghadaman. [iii]

Pembentukan gumpalan yang lebih lembut dan ringan.

  • Apabila susu mencapai perut, protein di dalam susu bertindak balas dengan asid perut untuk membentuk gumpalan (curd). Gumpalan yang lembut melalui perut dengan lebih senang. Protein susu kambing membentuk gumpalan yang lebih lembut dan ringan, menjadikannya mudah dihadam. [iv]

Susu kambing secara semula jadi mengandungi oligosakarida yang tinggi
(5 hingga 8 kali lebih tinggi daripada susu lembu). [v]

  • Oligosakarida adalah sejenis prebiotik yang menyokong pertumbuhan bakteria sihat dalam usus. Kajian menunjukkan bahawa oligosakarida yang terdapat dalam susu kambing mempunyai ciri-ciri anti-radang [vi] dan boleh memudahkan penghadaman dalam usus.

Kandungan Asid Lemak Rantaian Sederhana yang tinggi (medium chain fatty acids atau MCT) menjadikannya mudah dihadam, dan merupakan sumber tenaga yang lebih baik untuk digunakan oleh badan. [vii]

Khasiat semula jadi

Susu kambing mengandungi mineral (kalsium, fosforus, kalium, klorida, mangan, iodin, zink, selenium dan magnesium) serta vitamin (A, D, B2, B6 dan B3) yang lebih tinggi berbanding dengan susu lembu. [viii]

Alahan dan keradangan
  • Adalah dianggarkan bahawa 1-2% daripada populasi dewasa dan 8% daripada kanak-kanak umur 3 tahun dan ke bawah mengalami alahan susu lembu. [ix].
  • Susu lembu mengandungi protein beta-kasein jenis A1. Beta-kasein A1 boleh menyebabkan keradangan dalam sesetengah orang. Ini boleh membawa kepada ketidakselesaan, kekejangan dan kekembungan perut. Kajian menunjukkan bahawa protein jenis A1 dan A2 dihadam dengan berbeza. Susu kambing mengandungi tahap beta-casein jenis A2 yang tinggi secara semula jadi [x], dan tidak mengandungi beta-casein jenis A1.
  • Alpha-s1-casein adalah salah satu protein alahan yang terdapat dalam susu [xi],[xii]. Kedua-dua susu kambing dan susu lembu mengandungi alpha-s1-casein hadir, tetapi susu kambing hanya mengandungi 4% secara purata, berbanding dengan 36% dalam susu lembu.
Penafian: Susu kambing bukan alternatif yang sesuai kepada mereka yang disahkan alahan protein susu lembu. Dapatkan nasihat daripada doktor/ profesional kesihatan anda sebelum menggunakan produk formula.
References

[i] Kulkarni, P.S. & Dole, K.K. (1956).
[ii] Attaie, R. & Richter, R.L. (2000).
[iii] Ohiokpehai, O. (2003).
[iv] Clark S. & Sherbon J. W. (2000).[v] Hyo-Hee Kim et al. (2015)
[vi] Kao, A.C., Harty S. & Burnet PW (2016).
[vii] Odle, J. (1997).

[viii] Kumar et al. (2012).
[ix] Helm, R.M. & Burks, A.W. (2000).
[x] Pattanayak, S. (2013).
[xi] Docena, G.H., Fernandez, R., Chirdo, F.G. & Fossati, C.A. (1996).
[xii] Elsayed, S., Hill, D.J. & Do, T.V. (2004).