Sampel Percubaan
Rumusan makanan tambahan untuk kanak-kanak

Berat: 32 gram | Sampel percubaan – Dihadkan kepada 2 sampel bagi setiap pelanggan
SKU: BBS3-SAMPLE
Kategori: Baby Steps® BBs-3™

 

Penerangan+

Sebagai ibu bapa, kami selalu memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Susu kambing adalah lebih lembut bagi perut kanak-kanak kerana profil asid lemak dan protein yang unik. Ini menjadikannya pilihan yang baik kepada kanak-kanak yang mempunyai perut sensitif.

Sebagai sebahagian daripada diet seimbang anak anda, Rumusan Susu Tepung Kambing Baby Steps® BBs-3™ adalah makanan tambahan yang dirumus khas untuk kanak-kanak dengan kebaikan susu kambing, dan diperkayakan dengan Omega-3 DHA serta 16 vitamin dan mineral untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anda.

  • Diperkayakan dengan Omega-3 DHA (asid dokosaheksaenoik)
  • Diperkayakan dengan zink, vitamin B6 dan vitamin C untuk menyokong sistem imunisasi anak anda apabila disediakan mengikut arahan dan dilengkapkan dengan diet yang seimbang dan berkhasiat.
Ramuan+

Pepejal susu kambing (61%), Maltodekstrin, Minyak sayur-sayuran [minyak bunga matahari, minyak canola, tocoferol (307b)], Galakto-oligosakarida (GOS), Serbuk asid dokosaheksaenoik (DHA) (Minyak ikan tuna), Mineral (Kalsium karbonat, Magnesium sulfat, Trinatrium sitrat, Ferik pirofosfat, Dikalsium fosfat, Zink sulfat, Kuprum glukonat, Manganum sulfat, Kalium iodat, Natrium selenit), Vitamin (Natrium askorbat, dl-α-Tocoferil asetat, Vitamin A Asetat, Niasinamida, Kalsium D pantotenat, Vitamin D₃, Sinokobalamin, Vitamin K₁, Tiamina hidroklorida, Riboflavin, Piridoksina hidroklorida, FAsid folik, D-Biotin), Kolina bitartrat, Inositol, Taurina, L-kamitina.

Diperbuat di New Zealand daripada bahan-bahan yang diimport dan tempatan.

Maklumat Tambahan+

Berat: 0.032kg

Panduan Penyusuan +
Umur: 1 hingga 3 tahun
Air minuman: 200ml
Ceduk penuh*: 4
Bilangan hidangan sehari: 1-2 (2 hidangan)

* 1 ceduk = 8.0g tepung susu. 4 ceduk tepung susu ditambah kepada 200ml air menghasilkan kira-kira 220ml formula. Panduan penyusuan ini adalah panduan umum sahaja. Keperluan penyusuan anak anda mungkin berbeza daripada apa yang tertera di atas.

Alergen+

Alergen: Mengandungi bahan tenusu dan ikan

Penyediaan+
  1. Sentiasa basuh tangan sebelum menyediakan minuman. Basuh cawan, atau botol dan perkakas sebersih-bersihnya sebelum sebelum guna.
  2. Sentiasa gunakan ceduk yang disediakan. Isi ceduk dengan tepung susu secara perlahan dan ratakan tepung susu menggunakan perata pada bekas.
  3. Tambahkan 4 ceduk (32g) serbuk ke dalam 1 cawan (200ml) air minuman.
  4. Bancuh, goncang atau kacau dengan kuat sehingga semua tepung susu larut sepenuhnya. Hidangkan serta-merta atau sejukkan selama setengah jam untuk minuman susu yang sejuk.

*Perhatian: Adalah dinasihatkan supaya susu diminum sebaik sahaja disediakan. Buangkan susu yang tidak dihabiskan.